Sunday, August 31, 2014

Current obsession


Entry kali ini saya nak share pasal benda yang menjadi terpaling kegilaan saya sekarang ni. Iaitu memkumpul barang newborn baby. Eh eh jangan ada yang terkejut pulak ye dengan berita ini. Hihi. Sekarang baby dalam womb saya ni dah 31 weeks tau. Ada lebih kurang 60 days lagi nak melihat dunia. Insha Allah. Mohon doakan saya dan baby selamat ye. Dan apa yang menjadi terpaling sangat keterujaan saya ialah Insha Allah doctor kata gender nya ialah boy. Kalau betul Alhamdulillah. Syukur dengan pemberian Mu ya Allah. Tapi mana la nak tau bila keluar nanti baby girl ke kan? Takpe saya terima dengan hati yang terbuka.  
Ok, berbalik pada cerita di awal kehamilan saya ( 3 bulan pertama ), saya mengalami morning sickness yang sangat sangat sangat teruk. Ya Allah seram bila diingatkan. Tengok gambar makanan pon rasa loya apalagi tengok makanan depan mata. Sampai saya deactive fb, ig, n simpan aifon  saya dalam laci sebab takutkan makanan. Tengok henfon loya, pergi kedai loya. Serba serbi tak kena. Memang sangat sangat berbeza dengan pregnancy sebelum ni. Masuk trimester kedua Alhamdulillah semua tu hilang. Syukur Alhamdulillah lega. Tapi still bermalas-malasan selalu. Kesian pada encik suami dan anak-anak. 


Masuk minggu ke 28 baru saya excited nak cari barang-barang untuk newborn baby saya. Mana-mana baby fair saya pergi. Tapi yang paling saya perasan setiap kali tengok barang baby hati langsung tidak terpaut pada kaler pink. Yang saya nampak kaler biru sahaja. Suatu hari hati terberkenan sungguh dengan baby napkin printed  . Dulu pernah nampak di Aeon Sunway Pyramid. Tapi bila nak, dah takde pula. Mula memgoogle sana sini. Rezeki anak akhirnya saya dapat jugak di baby fair Summit masa bulan puasa haritu . Gembira tak terperi. Terus amik 2 pack. Tamak 


Semenjak itu hati mula terpaut dengan character  ni. Kalau korang nak tau dulu-dulu saya memang suka collect  ni tau. Ada carpet, toys, notebook, mug.. Tapi tak lah se hardcore macam collect bento tools ataupon hello kitty hihi.
Haaa saya pon apa lagi mulalah mereka reka nak buat theme  untuk newborn baby saya ni. Saya pon apalagi bila hati dah berkenan mulalah tido pon tak lena, celik mata dok google sana sini. Dan hasilnya.. Tadaaaa


 Apa yang saya dapat setakat ni.. 
Tak nampak? Jom saya belanja close up picture..



 Ok yang ni ada teether, rattle, clip, pacifier ( walaupon saya tak ajar anak saya guna benda ni tapi disebabkan berciri die-cut saya tak boleh tahan hati ni dari membeli )


 yang ni koleksi bottle. Dari 2oz, 4oz, dan  8oz. Yang besar tu memang taklah untuk newborn baby jenuh lak saya nak nge pam susu. Mau pengsan saya nak penuhkan hihi. Tapi sebab comel dan sikap tamak yang sebenarnya tu yang tak dapat dibendung lagi huhu. Comel sebab tutup bottle tu je..
Yang penting BPA-free
Dan cute brush untuk cuci bottle.. Alahaiii cute nyeee...


 yang ni koleksi saya masa zaman bujang dulu. Masih segar di ingatan . Masih elok lagi. Saya nak jadikan bekas ni sebagai tempat saya letak segala bedak, baby oil, lotion, minyak telon, dan segala barang untuk keperluan baby selagi muat.


 yang ni baby gift set. Dalam nya ada brush, comb, bottle 8oz, teether, dan pacifier. Beli sebab nak kan bekas dia. Coin bank sebenarnya. Anakanda beta si elin yang nak sangat benda ni sebab katanya kalau orang datang lawat baby bagi duit terus masukkan dalam coin bank ni. Ewah


 Terpaling suka
Puas mencari design yang cun tapi banyak yang saya jumpa berwarna coklat dan tidak ceria. Bila saya google saya jumpa bedding set ni. Ada 2 kaler pink and blue. Of course la saya pilih blue. Kan saya dah kata saya langsung tak berkenan PINK untuk pregnancy kali ni.. Jadi, siapa yang berkenan boleh memtengok kat sini  BABY CARE


 baby towel


 baby swaddle

Antara barang yang masih saya cari 

mosquito net
diaper changing mat
suit newborn

Dah, tu je.. Selasa ni encik husband ajak gi sogo. Hooray  .. Boleh shopping kat disney cutie. 
Wish me luck

 photo post.png

4 comments:

happyichigo♥ said...

Tahniah Ida!!! Baby boy is on the way..mesti happy sangat ida dan family. Alolo comelnya barang2 pooh for baby..dira suka classic pooh...bedding sophie dulu pooh kaler pink... Patutndira rasa ada satu time ni ida tak buat bento, masa tu first trimester rupanya..tp skrg ida buat bento untuk alin Kn...hebat ida!!! Dira doakan semuga semua selamat k..muaaaah

glazsliper said...

Dira dira!!! Tq dira!! Rindunya kt dira n sophie. Alhamdulillah dira memang happy sgt2 bila scan nampak terus setepek telur baby tu auwww mcm tak caya je.. Haah dira masa tu lah 1st trimester bento still ada utk elin tapi xde nak snap pic ke apa buat laju2. Thnx dira muahhh!!! Tke care!

Unknown said...

Baby boy..yeey..syukur alhamdulillah..
geram lak tengok brg baby ken..eemmm

glazsliper said...

Alhamdulillah ana. Mmg gembira tak terperi. Skrg
Ni akk kt sogo tgk brg baby Ya Allah gerammmm.. Tq ana ailebiu

MY FRIENDS!

Photobucket

Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
 photo adik20.png
Lilypie Third Birthday tickers