Showing posts with label Cinnamoroll. Show all posts
Showing posts with label Cinnamoroll. Show all posts

Saturday, October 11, 2014

Cantik tak comel tak mata biru??


Masih lagi dengan happy bento berciri biru. Sebab masih lagi batak terjakun dengan bunga telang. Kali ni eksperimen atas white egg pulak. Nak jadikan egg sheet kaler light blue. Alhamdulillah jadi.. Yippieee!! Jadi, happy bento hari ni berciri cinnamoroll.


Saya penuhkan dengan nasi, fish nugget, steamed brokkoli dan grapes..
Masih bersemangat berbento untuk anakanda. Sekarang baby saya sudah 37w.. Ohhh dah nak dekat ni...
Tata semua!

 photo post.png


Friday, January 10, 2014

Bento#7 2014


Salam Jumaat. Sudah masuk seminggu hari persekolahan. Semakin hari semakin bersemangat untuk saya bangun seawal pagi untuk menyediakan bento untuk anakanda kecintaan. Hari ni pagi-pagi dapur berasap memgoreng ayam kunyit. Satu rumah semerbak bau daun serai yang saya marinate dengan ayam malam tadi.


 close up rupa bentuk bento saya hari ini.

Untuk hari ini saya penuhkan dengan nasi, ayam goreng kunyit bersama kacang panjang dan batang saderi, mini tangerine, dan 2 bijik ceri ( itu je yang muat sebab takde space dah). Untuk bento hari ini saya memtiru idea ochikeron sifu bento yang saya sangat tersuka memtengok hasil kerja bentonya. Semuanya comel-comel. Geram!. Bole memklik   BENTO TUTORIAL

Happy bento-ing everyone!!

updated 12.24pm. Alhamdulillah habis..


 photo post.png

Wednesday, June 19, 2013

Bento #95


ada manggis, setoberi, anggur dan roti ber jem setoberi

( mood:tak berapa nak rajin ) 

Tuesday, December 11, 2012

Nestum Cookies ❤

Hari ini entry update dengan resepi. Resepi biskut nestum yang saya godek-godek dan olah dari pakcik google. Mula-mula saya plan nak buat butter cookies tapi rasa macam nak tambah sedikit perasaan flavor di situ. Ok sebelum memtengok resepi kita tengok gambar dulu. Hari ini tema happy food saya dari lunch sampai lah ke happy bento saya bercirikan cinnamoroll. Haiihhh tak tahu kenapa sekarang saya merasakan saya suka dengan watak comel ni bermata biru gitu auwwww.. Untuk cerita memngenai cinnamoroll saya klik CINNAMOROLL


 Lunch anak-anakku hari ini


Di sebelah petang saya mem baking cookies pulak. Macam-macam karakter saya buat.


 my little helper


 happy bento anak-anakku hari ini. Comel tak???

Ok, seperti dijanjikan resepi untuk cookies ini

CRISPY NESTUM COOKIES

 BAHAN-BAHAN 

 100g tepung gandum*
 100g tepung kastard*
80g tepung jagung*
( Bahan bertanda * diayak bersama )
 150g mentega
 100g gula kastor
 1 biji telur
 50g nestum
 beberapa titik esen vanilla


 CARA-CARA

 Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang berkrim. Masukkan telur dan beberapa titik esen vanila. Teruskan pukulan sehingga gebu.
 Nestum tadi dicampur bersama tepung-tepung yang telah diayak bersama dan masukkan sedikit demi sedikit memgunakan speed perlahan supaya tak bersepah ye.
 Sekiranya adunan agak lembik tambah tepung jagung sedikit supaya adunan mudah diterap
 Canai doh (jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis) dan terap memgunakan acuan kegemaran anakanda ye
 Bakar pada suhu 175'c selama 20-25 minit

Siap! Selamat memcuba!

MY FRIENDS!

Photobucket

Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
 photo adik20.png
Lilypie Third Birthday tickers