Showing posts with label Lilo and Stitch. Show all posts
Showing posts with label Lilo and Stitch. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Scary Bento??


Lama dah saya cari bunga telang, bunga yang orang gunakan untuk buat nasi kerabu jadi kaler biru tu. Bertanya sana sini. Akhirnya saya dapat dari seorang kawan yang memjual nasi kerabu. Bunga telang tu dia dah siap keringkan dan blend halus. Gembira tak terperi saya dibuatnya. Jadi, pagi-pagi lagi saya dah bereksperimen dengan warna. Kawan saya ada membagitau supaya memletak sedikit sahaja serbuk bunga tersebut. Tapi saya tak dapat nak agak banyak mana. Saya letak hujung sudu kecil saja. Dan hasilnya.. Taraaa!!!Stitch saya jadi sangat menyeramkan hahaha..


Percubaan pertama. Saya akan cuba lagi lain kali.


 Ni lah rupa bunga telang tersebut. Macam biasa nampak tapi tak
pasti kat mana..
Ok jumpa lagi ya


 photo post.png

Thursday, February 13, 2014

Bento#22-Blue stitch


Happy bento untuk hari ini anakanda request egg sandwich lagi. Senang keje mami anak oiii

 photo post.png

Friday, September 13, 2013

Bento #123


Happy bento untuk hari ini. Saya penuhkan dengan strawberry, cherries, anggur dan juga roti berinti nutella. Hari ini pemurah sikit sebab tu ada 3 jenis buah. Oh tak tak ini sebab dalam fridge ada bermacam stok buah-buahan. Hari ni pulak last sekolah. Isnin cuti 1 Malaysia. Tak apa lah makan la puas-puas lagipun elin demam semalam. Alhamdulillah hari ni dah sihat. So, tak jadi la cuti. Setakat ini kedatangan elin kat sekolah masih lagi penuh yeay!! yippie yippie yaiyaaa..

Ok, nak gi jemur kain jap

Monday, July 1, 2013

Bento #101

Semalam anakanda elin request chicken nugget upin ipin. Ok apa saja sayam!. Pagi ni mami bangun awal dok berasap satu dapur memgoreng nugget 4 bijik. Dah memjadi kebiasaan bila prepare bento tak sah kalo tak masuk benda dalam mulut. Tak sedo ter ngap! sebijik nugget haha!. makanya ada 3 bijik je dalam happy bento dia hehe. Sowiiii 

Thursday, November 22, 2012

Si biru Stitch

Assalamualaikum. Hari ini mood rajin datang lagi. Tiba-tiba mahu mem update blog. Bila nak update dok pikir apa nak update. Cek gambar dalam folder adoyai banyaknya koleksi baru, happy food, gambar-gambar anak-anak yang saya tak share lagi. Tapi pada sesiapa yang memfollow saya di instagram mungkin sudah agak basi kot dengan entry hari ini. Tapi yang tak follow? Haa takpe lah meh meh saya nak share sikit. Dok rapat-rapat sikit.. Hari ini rasa nak share koleksi LILO AND STITCH saya. Ada kawan saya tanya ''aik dah tukar ke? bukan hello kitty lagi?" Ok ni saya nak bagitau.. hobi baru saya iaitu memkumpul bento tool pulak. Adoiii banyaknya hobi. Bukan.. maksud saya, saya mahukan kelainan dalam memsediakan bento untuk anak-anak saya nanti. Tak lah diorang boring dengan bento theme yang sama setiap hari. Setakat ni saya ada mickey mouse, winnie the pooh, rilakkuma, Hello Kitty (wajib), sesame street, cinnamoroll, my melody, pikachu, doraemon.. eh eh banyak jugak ye hehe. Ok lah mesti boring kan nak baca panjang-panjang. Jom tengok gambar.


Tak puas tengok? Saya tunjuk satu persatu..


food cup


multipurpose cutter


sauce container


puncher and cookies cutter


food pick


mayo case/sauce container


rice mould


vege/cookies cutter


Yang ni happy food saya bertemakan Stitch yang pertama. Still new so agak pelik sikit. lama-lama nanti biasalah..


Anakanda elin


1-cutlery set with case
2- bento box


happy bento saya bertemakan Stitch.. anakanda elin teruja sangat! mummy pon suka! Yeay!!!



Picture atas ni adalah salah satu wishlist saya. Comel kan? Sesiapa tahu di mana saya boleh dapatkan bento box cute seperti ini sila membagitahu saya ok. Ailebiu muahh!

MY FRIENDS!

Photobucket

Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
 photo adik20.png
Lilypie Third Birthday tickers