
Saya dah lama tak beli baju baru untuk aifon saya. Sebab semenjak baju yang ada tu bila kotor susah nak hilang. Rasa frust pulak. Yang jenis hard cover tu comel memang tidak boleh dipertikaikan lagi tapi nak menjaga nya alahai.. Saya dah la jenis suka update

picture bento tengah masak tangan kotor pegang aifon memang berwarna-warni muka and badan kitty haihhh tak suka betul. Satu lagi yang berciri hard cover buat tepi body aifon saya calar sebab sering tukar cover. Yang berciri silicon pulak bila anak main aifon saya ni tak secure sebab takde tempat untuk gantung tali berbanding yang hard cover tadi. Satu lagi silicon ni mudah tercabut dari body. Tapi bila saya ternampak baju baru ni di
terus mem pm seller tanpa segan silu






Seperti biasa bila dah "add to cart" mulalah mem browse barang-barang lain. Konon-konon berbelanja sambil berjimat. Jimat postage konon. Saya nampak pulak wall lamp berciri die-cut full body. Apatah lagi berwarna pink. Bila tanya seller ready stock ahhh gembira tak terperi. Walaupun sudah ada 2 bijik wall lamp berciri die-cut tetapi tak boleh lawan yang ini. Lagipun berserta alasan wall lamp yang ada berwarna merah. Bukankah bilik anakanda bertemakan hello kitty dan pink??? Ok kita tambah lagi satu barang.














Bila dah wat payment.. selepas beberapa hari (sebab bayar ari sabtu so pos isnin). Malam ahad plak ternampak powerbank berciri polkadot. Alahaiii geramnyaaa..... Tangan ni mengada-ngada pi pm seller tanya harga. Alamak macam nak je macam nak je.. Terus tanya encik husband boleh beli ke tak. Encik husband kata 'belilah'. Hoorayy!!!















Ok snap
pic secara berjemaah.

So, sapa-sapa yang terberkenan boleh lah jenguk-jenguk
seller tersebut.

Sila memklik
NA O MEI . Recommended seller!

P/S: To Ina, Tq for d free gifts. Really appreciate that!!
Ok jumpa lagi. Mengantuk sangat-sangat dah ni


No comments:
Post a Comment