Wednesday, December 5, 2012

we heart ❤ waffle

Salam 1 Malaysia. Hari ini saya nak share resepi waffle buatan saya. Rangup di luar tetapi lembut di dalam.. Wahhhh gitu. Ok, sebelum tu macam biasa nak tunjuk gambar dulu.

Gambar  ini ialah bento anak-anakku untuk hari ini. My Melody untuk kakak. Dan Cinnamoroll untuk adik. Saya sediakan waffle filling with strawberry dan  kaya. Yum! Elin kata "mummy! macam yang kita makan kat pyramid tu je" hehe.. Yang  ni saya guna waffle maker brand takada. Beli di Mydin Mall semalam RM59.90 sahaja. Sangat berpuashati ok!

 ayah sebab membelikan mummy waffle maker ini yeay!! 


 Waffle maker 

 ini bento beberapa hari yang lalu. Saya memgunakan hello kitty waffle maker. Tapi cara pemgunaannya agak rumit  berbanding waffle maker yang saya tunjuk tadi kerana ia memgunakan api jadi agak susah untuk saya mem control tahap kepanasannya.



ini waffle yang pernah saya buat suatu ketika dahulu hehe memang yum!! Ok, sekarang kita memtengok resepinya ya:

 BAHAN-BAHAN ( 4 keping waffle )

 1 cawan tepung gandum
 3/4 cawan susu segar
 2 biji telur
 1sk baking powder
 2sb susu pekat manis
2sk butter yang dicairkan
 2sk gula (optional)


 CARA-CARA:

 Mula-mula panaskan waffle maker
 Blend telur sehingga kembang berbuih
 Masukkan bahan-bahan lain dan blend sebati
 Perlahan-lahan tuang adunan tadi di tengah-tengah waffle maker sehingga adunan merebak ke seluruh acuan. Biar seketika (10-15 saat) dan tutup waffle maker.
 Apabila warna waffle bertukar keemasan bolehlah dikeluarkan daripada maker dan siap!
 Boleh dimakan bersama filling kesukaan masing-masing


Mudah bukan?? Selamat memcuba!!

No comments:

MY FRIENDS!

Photobucket

Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
 photo adik20.png
Lilypie Third Birthday tickers