Tuesday, December 11, 2012

Nestum Cookies ❤

Hari ini entry update dengan resepi. Resepi biskut nestum yang saya godek-godek dan olah dari pakcik google. Mula-mula saya plan nak buat butter cookies tapi rasa macam nak tambah sedikit perasaan flavor di situ. Ok sebelum memtengok resepi kita tengok gambar dulu. Hari ini tema happy food saya dari lunch sampai lah ke happy bento saya bercirikan cinnamoroll. Haiihhh tak tahu kenapa sekarang saya merasakan saya suka dengan watak comel ni bermata biru gitu auwwww.. Untuk cerita memngenai cinnamoroll saya klik CINNAMOROLL


 Lunch anak-anakku hari ini


Di sebelah petang saya mem baking cookies pulak. Macam-macam karakter saya buat.


 my little helper


 happy bento anak-anakku hari ini. Comel tak???

Ok, seperti dijanjikan resepi untuk cookies ini

CRISPY NESTUM COOKIES

 BAHAN-BAHAN 

 100g tepung gandum*
 100g tepung kastard*
80g tepung jagung*
( Bahan bertanda * diayak bersama )
 150g mentega
 100g gula kastor
 1 biji telur
 50g nestum
 beberapa titik esen vanilla


 CARA-CARA

 Pukul mentega dan gula kastor sampai kembang berkrim. Masukkan telur dan beberapa titik esen vanila. Teruskan pukulan sehingga gebu.
 Nestum tadi dicampur bersama tepung-tepung yang telah diayak bersama dan masukkan sedikit demi sedikit memgunakan speed perlahan supaya tak bersepah ye.
 Sekiranya adunan agak lembik tambah tepung jagung sedikit supaya adunan mudah diterap
 Canai doh (jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis) dan terap memgunakan acuan kegemaran anakanda ye
 Bakar pada suhu 175'c selama 20-25 minit

Siap! Selamat memcuba!

Saturday, December 8, 2012

Cinnamoroll

Assalamualaikum. Hari ini saya nak share memngenai koleksi bento tools saya yang baru. Kali ini berciri cinnamoroll. Ahhh kawaii!! Puas saya mem google sana sini untuk memdapatkan bento tools cinnamoroll ini yang rata-rata sudah discontinued product. Tetapi akhirnya saya dapat juga dengan bantuan kawan-kawan saya di Instagram. Yeayy thanx guys!


 cookies/bread cutter dan rice mould
 ayah sebab membelanja mummy tools ni sayam ayah!


Pada saya bento tools di atas sudah cukup untuk saya memdeko sebuah bento yang comel. Saya suka berbento memngikut tema dan langsung tak suka memcampur aduk dengan yang lain. Saya akan tunjukkan happy bento saya nanti ya. Jumpa lagi.

Wednesday, December 5, 2012

we heart ❤ waffle

Salam 1 Malaysia. Hari ini saya nak share resepi waffle buatan saya. Rangup di luar tetapi lembut di dalam.. Wahhhh gitu. Ok, sebelum tu macam biasa nak tunjuk gambar dulu.

Gambar  ini ialah bento anak-anakku untuk hari ini. My Melody untuk kakak. Dan Cinnamoroll untuk adik. Saya sediakan waffle filling with strawberry dan  kaya. Yum! Elin kata "mummy! macam yang kita makan kat pyramid tu je" hehe.. Yang  ni saya guna waffle maker brand takada. Beli di Mydin Mall semalam RM59.90 sahaja. Sangat berpuashati ok!

 ayah sebab membelikan mummy waffle maker ini yeay!! 


 Waffle maker 

 ini bento beberapa hari yang lalu. Saya memgunakan hello kitty waffle maker. Tapi cara pemgunaannya agak rumit  berbanding waffle maker yang saya tunjuk tadi kerana ia memgunakan api jadi agak susah untuk saya mem control tahap kepanasannya.



ini waffle yang pernah saya buat suatu ketika dahulu hehe memang yum!! Ok, sekarang kita memtengok resepinya ya:

 BAHAN-BAHAN ( 4 keping waffle )

 1 cawan tepung gandum
 3/4 cawan susu segar
 2 biji telur
 1sk baking powder
 2sb susu pekat manis
2sk butter yang dicairkan
 2sk gula (optional)


 CARA-CARA:

 Mula-mula panaskan waffle maker
 Blend telur sehingga kembang berbuih
 Masukkan bahan-bahan lain dan blend sebati
 Perlahan-lahan tuang adunan tadi di tengah-tengah waffle maker sehingga adunan merebak ke seluruh acuan. Biar seketika (10-15 saat) dan tutup waffle maker.
 Apabila warna waffle bertukar keemasan bolehlah dikeluarkan daripada maker dan siap!
 Boleh dimakan bersama filling kesukaan masing-masing


Mudah bukan?? Selamat memcuba!!

MY FRIENDS!

Photobucket

Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
 photo adik20.png
Lilypie Third Birthday tickers