
Entry kali ini saya nak share pasal benda yang menjadi terpaling kegilaan saya sekarang ni. Iaitu memkumpul barang newborn baby. Eh eh jangan ada yang terkejut pulak ye dengan berita ini. Hihi. Sekarang baby dalam womb saya ni dah 31 weeks tau. Ada lebih kurang 60 days lagi nak melihat dunia. Insha Allah. Mohon doakan saya dan baby selamat ye. Dan apa yang menjadi terpaling sangat keterujaan saya ialah Insha Allah doctor kata gender nya ialah boy. Kalau betul Alhamdulillah. Syukur dengan pemberian Mu ya Allah. Tapi mana la nak tau bila keluar nanti baby girl ke kan? Takpe saya terima dengan hati yang terbuka.
Ok, berbalik pada cerita di awal kehamilan saya ( 3 bulan pertama ), saya mengalami morning sickness yang sangat sangat sangat teruk. Ya Allah seram bila diingatkan. Tengok gambar makanan pon rasa loya apalagi tengok makanan depan mata. Sampai saya deactive fb, ig, n simpan aifon
saya dalam laci sebab takutkan makanan. Tengok henfon loya, pergi kedai loya. Serba serbi tak kena. Memang sangat sangat berbeza dengan pregnancy sebelum ni. Masuk trimester kedua Alhamdulillah semua tu hilang. Syukur Alhamdulillah lega. Tapi still bermalas-malasan selalu. Kesian pada encik suami dan anak-anak.


Masuk minggu ke 28 baru saya excited nak cari barang-barang untuk newborn baby saya. Mana-mana baby fair saya pergi. Tapi yang paling saya perasan setiap kali tengok barang baby hati langsung tidak terpaut pada kaler pink. Yang saya nampak kaler biru sahaja. Suatu hari hati terberkenan sungguh dengan baby napkin printed
. Dulu pernah nampak di Aeon Sunway Pyramid. Tapi bila nak, dah takde pula. Mula memgoogle sana sini. Rezeki anak akhirnya saya dapat jugak di baby fair Summit masa bulan puasa haritu
. Gembira tak terperi. Terus amik 2 pack. Tamak 





Semenjak itu hati mula terpaut dengan character
ni. Kalau korang nak tau dulu-dulu saya memang suka collect
ni tau. Ada carpet, toys, notebook, mug.. Tapi tak lah se hardcore macam collect bento tools ataupon hello kitty hihi.


Haaa saya pon apa lagi mulalah mereka reka nak buat theme
untuk newborn baby saya ni. Saya pon apalagi bila hati dah berkenan mulalah tido pon tak lena, celik mata dok google sana sini. Dan hasilnya.. Tadaaaa





Tak nampak? Jom saya belanja close up picture..






Yang penting BPA-free

Dan cute brush untuk cuci bottle.. Alahaiii cute nyeee...












Puas mencari design yang cun tapi banyak yang saya jumpa berwarna coklat dan tidak ceria. Bila saya google saya jumpa bedding set ni. Ada 2 kaler pink and blue. Of course la saya pilih blue. Kan saya dah kata saya langsung tak berkenan PINK untuk pregnancy kali ni.. Jadi, siapa yang berkenan boleh memtengok kat sini
BABY CARE







Antara barang yang masih saya cari 


mosquito net
diaper changing mat
suit newborn
Dah, tu je.. Selasa ni encik husband ajak gi sogo. Hooray
.. Boleh shopping kat disney cutie.

Wish me luck

