

Masih mood merdeka. 2 hari lagi. 31hb Ogos jugak hari ulam tahun perkahwinan saya. Tahun ni ialah tahun yang ke-6 hehe.
Tata lovesssss
❤a blog about an obsessed HELLO KITTY collector and bento addicts❤


















180 g butter
120 g gula kastor
450 g tepung naik sendiri
50 g tepung jagung
2 biji telur
badam cincang ( optional )
coklat masakan
coklat rice kaler-kaler
Pukul butter dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan pukul rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Masukkan badam cincang.
Tekap dengan acuan kesukaan.
Bakar pada suhu 175'c selama 10-20 minit ( bergantung pada kecanggihan oven masing-masing ).
Sambil tunggu cookies masak, bolehlah double boiled coklat masakan.
Bila cookies dah masak, sejukkan. Dan dip cookies ke dalam coklat.
Tabur coklat rice di atas.
Siap!


happy bento anak saya yang saya penuhkan ketat-ketat dengan cookies comel ini dan fruits. I is terlambat bangun nasib baik ada cookies ni boleh main taruh je hehe


