Happy bento elin hari ini
bertemakan shinkansen.. kali ini ada nasi, sotong kicap black pepper, dan fruits .. Alhamdulillah elin kata tak kesah nak bento nasi. Yeay semangat mami nak sediakan. Kol 5 pagi dah bersilat kat kitchen..
Tapi ada cerita agak membuatkan mami sentap hari ni.. Entahlah sejak akhir-akhir ni mami kuat sentap . Maybe sebab di saat-saat trimester akhir ni kot..
Masa amik elin kat sekolah tadi, saya tengok tudung elin kotor terkena kuah kicap. Saya cakap "Ya Allah kakak.. makan macam mana sampai habis kotor ni?". Kawan elin cakap "rosalinda nangis tadi sebab kena denda dengan cikgu, cikgu tak bagi makan".. Masa tu saya darah dah naik kat muka tapi still control kan diri. Sabar sampai balik rumah.
......................................................................
Sampai kat rumah bila elin dah salin baju semua saya tanya apa yang jadi kat sekolah. Elin kata dia lambat siapkan kerja sekolah. Lepas tu cikgu denda tak bagi makan. Kawan lain makan kol 10 elin plak makan kol 11. Itupun cikgu siap duduk sekali dengan dia set jam 15 minit sahaja. Yang si elin ni dah la jenis makan lambat. Mau tak kelam kabut dia makan? No wonder lah tumpah habis kena tudung. Pada saya salah tu tetap salah. Memang salah elin sebab dia lambat. Tapi bagi denda lain boleh tak????????? Bab-bab makan ni sensitif lah
Saya baru bercita-cita nak pulun buatkan happy bento yang bes-bes untuk elin sementara saya boleh ni. Nanti dah deliver baby happy bento saya ni akan bercuti lama.. Bila jadi macam ni elin dah cakap awal-awal tadi sebelum tido esok tak nak bento nasi lagi. Ishhhh .. Puas saya pujuk akhirnya elin mengalah.. macam tu lah anak mami... "Next time buat keje cepat sikit, makan cepat sikit, kalau kawan ajak sembang jangan sembang dengan dia siapkan keje dulu".. Itu pesan saya pada elin.
Ok semua jumpa lagi esok!
No comments:
Post a Comment