Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Hari ni nak share pasal photoshoot saya dengan harian metro pada 5 Julai yang lalu. Hari ni isu tersebut sudah pun keluar di surat khabar. Wahh! jakun sekejap ok!. semua sedara mara siap call bertanyakan hal ini. Jadi gelama glamour pulak saya dan hari ini adalah hari yang agak busy body pada saya hehe.. Ingat tak entry memngenai dress kedua-dua anak gadis saya tempoh hari?? Saya ada hint di situ kenapa saya membeli dress tersebut. Kepada yang tak perasan sila memklik DRESS . Tujuan sebenar kerana photoshoot ini lah.
Pada 27 Jun yang lalu saya memdapat email dari penulis harian metro bertanyakan sekiranya saya mahu ditemubual tentang hobi saya ini atau pun tidak. Saya pon mem reply email tersebut.. 'set je' haha. Oh tak tak tak! Saya taklah serakus itu ok! Saya memreply dengan penuh tatasusila dan berhemah. Di sini saya captured kan email dari penulis tersebut.. Hai Aniza dalim!
Boleh klik picture untuk tumbesaran
Jadi, apabila temujanji dibuat sesi photoshoot pon ditetapkan pada 5 Julai yang lalu. Jadi, ini lah hasilnya..
Terima kasih Harian Metro!!
*sangat-sangat memngantuk sekarang*