Alhamdulillah elin dah sihat dari demam. Syukur Ya Allah.. Tinggal lagi batuk yang merungsingkan mami sekarang ni. Macam-macam saya try air asam jawa, madu.. Batuk tetap tak kurang-kurang.. Tapi elin nak jugak pergi sekolah. So, hari ni Isnin ada assembly kena datang awal. 7:15 saya dah hantar elin ke sekolah.
Lepas hantar elin, saya sms cikgu elin mintak tolong tengokkan elin sebab condition dia tak berapa ok. Masih weak lagi. Maka, bermulalah rutin harian saya, kemas itu, kemas ini, melayan nana main.. Tiba-tiba... henpon bunyi ada notification kat fb.. Bukak2 nama cikgu elin. Berderau darah..
Apalagi dapat je pm tu tak tunggu dah siap-siap terus pegi sekolah. Punya la risau. Rupanya pagi tadi masa hantar elin cikgu dia tak sampai lagi. So, budak-budak semua letak beg masing-masing kat pondok bacaan then terus pegi assembly. Lepas assembly tu lah budak-budak berebut-rebut ambik beg masing-masing nak masuk kelas. Si elin pulak sampai-sampai je pondok bacaan dia tengok bento bag dia dah jatuh atas tanah. Mau tak menangis?? Huhu...
--------------------------------------------------------
Balik rumah saya tanya elin "kenapa kakak nangis?? sebab kawan buat ke?? sebab takut cikgu marah ke??sebab lapar ke??". Tau dia jawab apa???
"Sebab kakak kesian kat mami"
Adoiii luluh hati mak.. Maka saya pun pujuk dia. Saya tunjuk pic bento dia hari ni
Alhamdulillah dia ok lepas tu...
Hai lah anak... mami sayang sangat kat kakak ... n adik..
No comments:
Post a Comment