Tuesday, June 25, 2013

Bento #98

Assalamualaikum. Jerebu masih kuat di sini. Malam tadi sangat-sangat berharap agar guru besar sekolah anakanda bagi cuti tapi tak. Ahhh. Pagi tadi memsiapkan happy bento dengan lemah longlai.
 "Semoga anakanda diberi kekuatan. Lindungilah dia daripada penyakit-penyakit, kejadian-kejadian yang tak baik Amin"
Masa jerebu ni kami anak beranak duduk diam-diam dalam rumah. Tutup semua pintu dan tingkap. On ekon dan kipas laju-laju. Saya punggah mainan budak-budak ni bagi diorang main puas-puas dan lupa persekitaran di luar. Alhamdulillah setakat ni kami anak beranak sihat. Cuma pedih mata. Athma saya ada sedikit tapi masih boleh dikawal.
"Ya Allah Kau lindungilah kami. Berikanlah kesihatan yang baik". 
Semalam lepas magrib saya ke guardian niat nak beli face mask. Tapi face mask sold out. Pegi kedai sebelah  sold out jugak. Wahh sangat terlaku ko ye face mask! Pergi kedai ubat cina ada. Ok amik dan pergi kaunter. 5pcs rm6 dang!! Gila cekik darah cina ni! Tak apa nasib baik aku darurat kalo tak memang aku baling kat muka ko! On the way balik singgah speedmart beli roti. Elin nak ban kaya. So mami amik 1 roti gardenia, 1 ban kaya. Bayar.


Makanya, happy bento hari ini bertema rilakkuma. Ban kaya permintaan anakanda elin dah bertukar rupa. Saya penuhkan dengan anggur hijau dan merah, dan juga strawberry. Ok segala jenis fruits sudah habis kena restok petang ni.
Ok itu saja cerpen bergambar saya hari ini. Mata pedih saya nak mengemop lantai dulu. Habuk dan asap di mana-mana. 

Assalamualaikum


No comments:

MY FRIENDS!

Photobucket

Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
 photo adik20.png
Lilypie Third Birthday tickers