Thursday, January 3, 2013

Hari Pertama Elin di Sekolah

Assalamualaikum. Hari ini merupakan hari pertama Elin ke sekolah. Seawal 6 pagi saya bangun memsediakan bento untuk buah hati kecintaan. Semalam elin berjaya tidur seorang diri di biliknya. Alhamdulillah. Dan pagi ini dia nampak sangat bersemangat untuk memulakan hari persekolahannya. Macam biasa mami yang drama. Sebak sentiasa. Benci perbuatan perasaan seperti ini. 


Uniform purple elin belum dapat lagi jadi untuk hari ini elin pakai t-shirt putih dan tracksuit biru tua. Kelas elin bermula jam 8 pagi jadi 7.45 saya dah hantar beliau ke sekolah. Sampai saja di sekolah saya tengok pelajar-pelajar berhimpun di depan dewan besar mendengar taklimat ringkas sebelum masuk ke kelas. Alamak jantung saya berlari berdegup laju. "aku dah lambat ni!". Saya terus memhantar elin masuk ke dalam perhimpunan. Dan saya pun tunggu memlihat dari jauh. Tiba-tiba saya dengar guru yang berucap mengatakan ibubapa tunggu di kantin dan tidak dibenarkan menunggu di luar kelas untuk sesi suai diri berjalan dengan lancar. Adoi!!!!!!!! "aku belum peluk ciom kakak!!" saya dah mula sebak. Drama dah nak start! Saya nampak guru kelas elin bawa elin masuk ke dalam kelas. Saya nampak elin senyum dan memlambai-lambai :(... saya kena kuat.. Kuat macam elin. Sikit pun tak takut.. Mami rindu... rindu sangat...... O_O


Bento yang saya sediakan untuk buah hati kecintaan hari ini.


Semasa di rumah saya asyik memtengok jam. Lambatnya pukul 12!. Mami rindu kakak! Saya siapkan makanan tengahari untuk elin dengan penuh kasih sayang.. Tepat 11.50 saya dah ada depan kelas elin. Saya nampak elin sedang beratur untuk bersalaman dengan cikgu sebelum pulang. Sepanjang perjalanan dari kelas ke kereta, dalam kereta ke rumah elin sebuk bercerita itu dan ini sangat super excited dengan hari pertamanya. Alhamdulillah mami tak ada masalah. "Sesungguhnya dari mami mengandungkan awak kakak, kakak tak pernah bawak masalah kat mami. Dari lahir sampai sekarang kakak tak pernah mengecewakan mami. Kakak budak yang bijak. Mami sangat-sangat bersyukur Allah bagi kakak pada mami dan ayah. Macam tu jugak dengan adik.." (Ok drama nak start dah!)


Gambar buah hati kecintaan saya hari ini!


Dan ini malam kedua elin tidur sendiri lagi... mami kosong... kosong.. O_O
Oh tak... mami ada adik... Tapi tak sama macam mami ada kakak dan adik selalu.. :(

Sekian......


1 comment:

happyichigo♥ said...

Sweet nya entry ida ni! Kalau dira jadi ida pun, dira jadi sebak sbb tak dapat kiss daugther on first day at school sebelum masuk kelas..tapiii, elin hebat!! Tak takut pun dia...belajar baik2 ye elin! Muah!

MY FRIENDS!

Photobucket

Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
 photo adik20.png
Lilypie Third Birthday tickers