Saturday, August 4, 2012

Pan Mee Soup

Semalam saya memdapat geng baru yang sama minat di dalam bento-ing dan juga HELLO KITTY (haa ini harus) kalau tak, bukan geng namanya. Namanya Liw EeGoh. Hai dalim! hehe.. Di beliau saya nampak beliau buatkan happy food untuk anaknya. Saya tanya apakah bendanya itu. Dia jawab pan mee. Nampak macam sedap. Saya pun terus guna khidmat pakcik google. Ok, baru saya tahu pan mee tu maksudnya mee buatan sendiri. Bukan mee kuning atau putih atau pink atau apa pun sebaliknya ia adalah homemade mee. Wahh ini sangat bagus. Saya pun cuba membuat sendiri pan mee ini. Elin namakan kitty mee.. Bedal lah kakak. Mula-mula saya risau elin tak suka tapi bila tengok dia makan dengan begitu berselera sekali saya tanya 'sedap kakak?'.. elin memjawab 'sedap mami.. tapiii elo kiti ni kena makan laju-laju dengan sup dia sekali'.. Bila time berbuka puasa saya test rasa pan mee itu, baru saya faham maksud elin. Pan mee saya agak tebal jadi terasa ketepungan mee tersebut haha ^sambil tepuk dahi^. Takpe 1st time biasalah kan. Next time akan buat dengan lebih nipis lagi dan berjayanya. Ok kakak! Give me five!
Ok, presenting my 1st Pan Mee Soup.. Taraaa!!


Dan di bawah ini picture my elin semasa memnikmati pan mee nya..


Kepada yang nak mem try, saya ada sertakan resepi di sini:

BAHAN-BAHAN ( mee 4 org ):

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
garam
1/2 cawan air
1 sb minyak


BAHAN-BAHAN ( sup ):
1 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
ikan bilis
1 kiub ayam
4 cawan air
salad/bayam/carrot/fishball (optional)
garam
minyak


CARA-CARA:

1. Campur tepung, telur dan garam di dalam mangkuk dan gaul
2. Masukkan minyak dan air. Uli sehingga memjadi doh selama lebih kurang 5 minit. Perlu diingat doh ini keras sedikit berbanding doh roti (memang agak kejang tangan memngedoh ye haha)
3. Bahagikan doh kepada 4 bebola dan tutup dengan plastic wrap. Ketepikan.
4. Dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik wangi.
5. Masukkan air bersama kiub ayam dan renehkan sup sehingga memdidih.
6. Masukkan garam dan kecilkan api.
7. Ambil sebiji doh dan terap senipis-nipisnya dan bentuk ikot suka hati memjadi kepingan kecil.
8. Masukkan kepingan doh tadi ke dalam sup. Ulang sampai habis.
9. Masukkan sayur-sayur lain.
(Mee akan timbul di permukaan sup bila sudah masak)
10. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, bawang goreng, kicap cair bersama sedikit bawang putih dan cili padi.

Sekian, selamat memcuba!



2 comments:

happyichigo♥ said...

dira suka bento-ing, tapi hello kitty minat sket2 aje, tapiiii kite teap gang kaaaan??? hihi

glazsliper said...

@happyichigo haihhhhh dira kita mmg geng pon.. yeay happy bento-ing! muah dira!

MY FRIENDS!

Photobucket

Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
Photobucket
Lilypie Kids Birthday tickers
 photo adik20.png
Lilypie Third Birthday tickers